Selasa, 25 Februari 2014

Pembantu rumah perkosa anak majikan berumur 1 tahun

gambar hiasan
Seorang pembantu rumah berketurunan Asia di Abu Dhabi didakwa memperkosa anak majikannya yang berusia 1 tahun. Amah itu dikatakan menunggu majikan Arabnya keluar sebelum membogelkan kanak-kanak itu di atas katil sebelum membuka pakaiannya lalu merogol kanak-kanak tersebut tanpa menyedari perbuatannya itu dirakam oleh kamera tersembunyi yang dipasang di rumah majikannya.

Rakaman kamera itu menunjukkan pembantu rumah "duduk" di atas bayi tersebut dan mengabaikan tangisan kanak-kanak itu dalam kesakitan.

Terganggu dengan tangisan tanpa henti kanak-kanak itu, pembantu rumah itu kemudiannya meletakkan bantal di muka kanak-kanak itu sambil meneruskan perbuatannya.

Pendakwa raya menuduh pembantu rumah itu merogol kanak-kanak itu dan membahayakan nyawanya. Apabila dia ditunjukkan rakaman kamera tersembunyi, amah itu mengaku jenayah tersebut.

Dipetik daripada akhbar Alittihad, sumber pendakwaan berkata pembantu rumah itu berhadapan hukuman penjara sehingga 15 tahun selaras dengan Undang-undang Persekutuan yang melibatkan jenayah seksual individu di bawah usia 14 tahun.

"UAE bertindak tegas terhadap perbuatan yang boleh membahayakan kanak-kanak dan membahayakan mereka secara fizikal dan psikologi ..... di bawah undang-undang, ibu bapa memikul tanggungjawab untuk melindungi anak mereka daripada bahaya seumpama itu," kata sumber itu.

"Pejabat pendakwaan meluahkan kebimbangan terhadap kecenderungan keluarga yang bergantung sepenuhnya pada pembantu rumah untuk menjaga anak-anak mereka ... undang-undang UAE berpendapat bahawa ibu bapa yang meninggalkan anak mereka bersendirian dengan pembantu rumah boleh dikaitkan dengan perbuatan yang boleh membahayakan nyawa orang lain ... perbuatan ini boleh dikenakan hukuman di bawah undang-undang. " - DCM/Emirates

0 komentar:

Posting Komentar

 

Copyright © asa dunia Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger