Sebagai tanda penghargaan di samping menarik perhatian pengguna baru, BlackBerry Malaysia mengadakan kerjasama dengan beberapa jenama tempatan untuk mengetengahkan platform mesej ringkas mereka, BBM.
Sejak diperkenalkan di platform Android dan iOS, aplikasi ini telah bejaya menarik seramai 80 juta pengguna aktif setiap bulan di seluruh dunia dengan 20 juta pengguna dari platform iOS dan Andoid.
Bagi kempen #BBM4ALL yang dilancarkan oleh BlackBerry Malaysia, jenama tempatan seperti The Swagger Salon, Tarik Jeans, MyBurgerLab dan penyanyi/komposer Amir Jahari telah mengadakan kerjasama bagi pelbagai promosi termasuk baju-T dari Swagger Salon, jaket varsity oleh Tarik Jeans dan burger dari MyBurgerLab.
Pengguna hanya perlu menarik sekurang-kurangnya 10 rakan ke BBM untuk memenangi banyak hadiah menarik.
Pengguna BBM yang mempunyai kenalan BBM terbanyak pada telefon pintar mereka juga berpeluang memenangi pakej Super #BBM4ALL Swagger Salon bernilai RM300 dan pakej Super #BBM4ALL Tarik Jeans bernilai RM550.
Setiap klu dan tarikh penebusan akan disiarkan pada BBM. Jadi mereka yang berminat untuk menyertainya boleh melayari platform media BlackBerry Malaysia di Facebook, Instagram dan Twitter untuk mendapatkan BBpin syarikat terlibat.
Bagi urusan penebusan hadiah, pengguna perlu hadir di kaunter penebusan bagi menunjukkan BBM mereka kepada pihak penganjur.
Selain promosi ini, BlackBerry Malaysia akan mengadakan pertandingan ‘Get Spotted, Share & Win’ di mana peminat BBM boleh merebut peluang memenangi baucar beli-belah bernilai RM10,000 selain hadiah lain.
Untuk menyertainya pengguna BBM hanya perlu menambah 10 rakan pada BBM mereka, ambil screen shot pada BBM sebagai bukti, kemudian hantarkan gambar tersebut ke emel MyBBM4ALL@gmail.com sebelum tarikh tutup 6 Disember 2013.
0 komentar:
Posting Komentar