Semalam memang Orang ni ada terima berita dalam whatsapp mengatakan Leman RL batuk dan muntah darah.
Risau juga berita ini, jadi Orangni ada cuba beberapa kali hubungi Leman RL melalui telipon tapi tidak berjawap. Semoga Leman RL kembali sembuh dari sebarang musibah dan penyakit serta bersabar dengan ujian Allah.
Dalam masyarakat melayu ni kalau cerita pasal batuk dan muntah darah selalu akan dikaitkan terkena ilmu hitam atau santau dari mereka yang busuk hati,dengki atau khianat.
Apapun sebagai orang Islam kita tak mahu menuduh melulu dan tak mahu mendatangkan fitnah. Dan sekali lagi diharap semoga Leman RL sentiasa tabah…
0 komentar:
Posting Komentar